Posts

N I A T

Image
Assalammualaikum. InsyaAllah dengan izin Tuhan. Sebelum kawin aku nak khatamkan Al-Quran kecik ni.  Masa kanak2 dulu dah khatam sekali disertakan guru.  Kali ni bersendiri. Alhamdulillah dah selesaikan separuh. WALAUPUN pelamin impian musnah ditengah jalan.  Bacaan masih diteruskan :) InsyaAllah Tuhan akan hadirkan imam yg mampu berdiri dihadapan aku disetiap sujud aku. Seperti yg aku selalu mintak pd Tuhan.  Di setiap akhir sujud ku. Hadirkan aku jodoh yg mampu memimpin aku ke jalan Allah. 16/10/2018 11:01am Tues Love.

Bersederhanalah.

Bismillah.. Waktu dan saat dahulu mengajar aku bahawa, manusia itu perlu bersederhana didalam apa jua situasinya. Salah satunya didalam menyinta. Bersederhana didalam menyukai.  Kerana, Sesuatu yg digenggam terlalu erat,mampu dan mudah amat terlerai.  Benar,  Kata orang itu, jika kita menyukai sesiapapun, jangan terlalu menyuka, bahkan sesuatu yg kita sukai itu, mampu menghancurkan kita dalam sekelip mata aja. Suka itu bisa juga jadi benci daam sekelip mata.  Jesteru itu, Serahkan aja pada DIA. DIA saja kok yang lebih mengerti, mana yg pantas untuk diri kita.  Biarkan waktu berjalan bsama keadaan. Biar mereka berbincang utk menentukan apa yg baik akan berlaku. Kerana waktu dan keadaan itu juga utusan DIA bukan?  Makanya,  Ayuh, terus bersederhana didalam menyukai juga menyintai. 💋 5:25pm 30102017

Approved & Salam Perkenalan.

Pernah tak korang rasa, nak approved someone yg kawan kau kenalkan dengan kau. rasa menggigil.. rasa excited.. rasa cuak sikit... rasa pasrah... eh macam-macam la rasa. Niat kawan kau ni nak kenalkan si jejaka tu dengan kau. Then si jejaka tu pun add ko. kau pulak tunggu dia PM ko. Kawan kau pulak suruh ko PM dia. hahahaha. Saat nak approve tu, ko siap doa, jika dia orangnya, mohon Tuhan permudahkan. Mohon Tuhan lancarkan. Mohon Tuhan Berkatkan. Dan jika dia bukan orangnya, mohon juga Tuhan permudahkan. Supaya aku tidak jatuh pada orang yg salah. Aminn. Salam perkenalan awak :)

LANGKAWI ISLAND!

Image
Langkawi yang sangat-sangat-sangat-sangat dan sangat best!!!!!!!!!!!!!!!!! All is walk-in okay. No tips nk share. Just come here and u'll know what to do. So, let picture tell the story.

Selamat Malam

Allah tidak Menciptakan sesuatu itu sia-sia. Jadi, Setiap apa yang kita lakukan. Apa yang berlaku pd kita. Siapa yg kita temui dan lalui itu Tiada yg sia-sia.  Jadi, Sebagai manusia. Belajar untuk menghargai setiap detik,setiap saat. Dengan penuh kesabaran. ❤

Moment.

The moment bila kau anggap some1 tu belum kawin (single & available) lagi. Dan kau harap korg berdua akan ditemukan semula didalam majlis yang sama korg bertemu (pengapit member). Kawan kau perempuan, dan dia dibelah lelaki. Semoga dibelah lelaki nanti korang akan berjumpa lagi. Harapannyer lah kan. Lalu hari yg ditunggu tiba, Korang akan ditemukan semula sebagai pasangan pengapit pula. Pada mulanya kau tidak menyangka dia yg akan dipasangkan dgn kau. Dan pd malam sebelumnya, pengantin perempuan call ko, cakap "Pengapit lelaki dah kawin tau"

2017

Assalammualaikum Happy new year 2017!!!!!!!!! Untuk tahun baru ni aku takde lah banyak sangat azam nyr pun. Tapi hidup kena lah berazam kan? Baru ada matlamat dan impian. Baru ada perancangan yang baik untuk masa depan. Sebab, bagi aku hidup ni memerlukan tujuan. Kalau takde tujuan, kita akan kelaut. Mybe. Oklah. Straight to the point. Azam aku untuk 2017 ni, InsyaAllah will be 'ZERO HUTANG' Kenapa? Tak larat tau kalau kita kerja gaji tinggi2 tp asyik kena mbayar hutang je. Susah tau. So tahun ni nk start bayar hutang belajar, supaya tak black list. Dan.. boleh la kita ke luar negara!! InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Dan untuk uols jugak, selamat maju jaya. Diberkati and happy selalu. Love ya!!