Posts

Showing posts from November, 2014

Seadanya

Jalan aku masih panjang, untuk menuju ke arah yang kita semua pasti rasa.  Makin dekat garisan penamat. Perlahan aku mendongak ke langit. Cume untuk meminta beribu kekuatan dari Tuhan.  Agar aku tidak jatuh terus ke dalam dilema kenangan. Yang aku tidak ingin  kembali. Yang tidak pernah mati. Dalam diri dan hati yang sedang mengecil ini. Tapi, Aku percaya pada Tuhan.  Percaya bahawa hati manusia DIA yang jaga. DIA yang pegang Ini hakikat dan ini kebenaran. Terbaik buat DIA. Pasti paling baik juga untuk aku. Jadi aku minta pada diri aku sendiri ni Paksa merayu macam mana sekalipun, aku perlu bertahan. Bertahan dan terus maju ke hadapan . Sebab kata orang  Penderitaan tak pernah kejam. Perlu waktu Jaga nawaitu Percaya pada yang satu. Pasti kebahagiaan akan menjadi anugerah paling indah nanti. In shaa Allah ( flowers )

Catatan Sayangku ketika Duka

Buka hati Bagi ruang ............................................................................ s o f i a

Sedetik Aku

3.50pm 14/11/2015 Selepas pulang menonton perlawanan akhir piala malaysia di Bukit Jalil, bersama Tasya Kak Dayah dan rakan-rakan lain. Ya, aku hanya menyatakan nama mereka berdua kerana semesta tahu, mereka kawan ku. Kereta ku meluncur melayari kegelapan malam. Isi kereta tidur, cuma aku focuskan pemanduan. Syukurlah, jalan ketika waktu itu lenggang. Mungkin juga kerana berlalu 3pagi meninggalkan waktu hari ini. Di dalam perjalanan sambil ditemani lampu jalan yang tidak pernah tunduk hanya kaku mengeras, yang hanya padam apabila keadaan tidak menemaninya, aku seolah-olah kembali kepada zaman nostalgik yang telah lama aku tinggalkan. Kak Dayah telah lama pulang menaikki train. Ya,kawan didalam train itulah yang menjadi teman lepak, teman berborak dan teman karib yang terpercaya ketika dizaman ipt dahulu. Didalam khayal itu, aku diserbu satu perasaan yang kurang menyenangkan. Aku telah sedar bahawa semua ini; melepak, menonton perlawanan bola, wayang, kepusat membeli belah, bercut

Catatan sayangku

6.56pm Thursday. Baru selesai bergayut dengan Miss Diana. Masih tak bosan pujuk aku untuk pergi ke konvokesyen diploma aku. Mungkin dia tidak mahu aku terlepas kemeriahan untuk meraikan usaha kami selama 3tahun itu. Sejujurnya, aku pun berasa sedih kerana gagal menghadirkan diri untuk meraikan hari yang bersejarah dan penuh bermakna dikalangan pelajar-pelajar. Tapi apakan daya. Tuhan telah merancangkan ini adalah yang terbaik. Gembira juga rasa hati apabila mengetahui dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan. Akhirnya, Alhamdulillah. Dan paling gembira. Miss Nisa dah mengandung!!!

Lukisan Sayangku

12/11/2014 Wednesday Tatkala aku membenarkan dirimu mengenali ku, ternyata aku sebenarnya merobohkan satu demi satu tembok yang melimitasi di antara kita, sehingga dinding itu roboh, kan kau dapati satu kekosongan yang sejatinya tidak pernah memiliki apa-apa......... Lantas, saat engkau mengenali dirimu dan aku mengenali diriku, lalu kita susun semuanya satu per satu kata tentang diri kita, sehingga membentuk kuntuman personaliti yang ada pada diri kita............. Seketika, aku hanya ingin tahu, bagaimana agaknya DIA memandang aku...... Penuh kejahilan dan kekotoran. Semoga kita sama, saling mengenali diri. Siapa pun kau aku terima dengan berpaksikan syarat abadi.. Pimpin aku.......... sofia

S E S A L

10.00 AM 8 NOVEMBER 2014 SATURDAY. Baru-baru ni, aku jumpa kenangan aku di Kuantan dahulu. Faizol. Bermula dengan pertemuan untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Tuhan temukan kami lagi di Stadium Bukit Jalil untuk memberi tiket perlawanan kpd ku. Tetapi, kali ini lain. Situasi kami lain. Untuk pertemuan kali ini, kami telah saling kenal. Kami telah saling keluar bersama di Kuantan dahulu. Dia pun kelihatan lain. Aku pun kelihatan lain sebab terasa malu2 bila telah lama tidak berjumpa. Agak kelakar. Bau wangian dari dia sangat menusuk ke hidung aku. Sama juga. Masih sama. Dia gemar menggunakan wangian yg wangi seperti itu. Sama. Bau dia yg dulu pernah menyenangkan. Sehingga kawan2 ku menegur kewangian dia. Sengaja aku lebihkan duit tiket sebagai tanda penghargaan. Tapi aku pula yg terperanjat apabila aku pula yg dikejar oleh dia untuk dikembalikan duit tu. Dalam hati, teringin mahu duduk di sit yang sama. Tapi malu. Segan. Jika dia tahu macam m