Sedetik Aku
3.50pm
14/11/2015
Selepas pulang menonton perlawanan akhir piala malaysia di Bukit Jalil, bersama Tasya Kak Dayah dan rakan-rakan lain. Ya, aku hanya menyatakan nama mereka berdua kerana semesta tahu, mereka kawan ku. Kereta ku meluncur melayari kegelapan malam. Isi kereta tidur, cuma aku focuskan pemanduan. Syukurlah, jalan ketika waktu itu lenggang. Mungkin juga kerana berlalu 3pagi meninggalkan waktu hari ini. Di dalam perjalanan sambil ditemani lampu jalan yang tidak pernah tunduk hanya kaku mengeras, yang hanya padam apabila keadaan tidak menemaninya, aku seolah-olah kembali kepada zaman nostalgik yang telah lama aku tinggalkan. Kak Dayah telah lama pulang menaikki train. Ya,kawan didalam train itulah yang menjadi teman lepak, teman berborak dan teman karib yang terpercaya ketika dizaman ipt dahulu.
Didalam khayal itu, aku diserbu satu perasaan yang kurang menyenangkan. Aku telah sedar bahawa semua ini; melepak, menonton perlawanan bola, wayang, kepusat membeli belah, bercuti ditempat impian dan sebagainya adalah satu jejak bahawa aku kini sedang mula meninggalkan dimensi remaja dan perlahan-lahan, dunia sebagai seorang wanita dewasa mengambil alih. Dan dalam waktu itu juga, suatu ketakutan yang aneh menimpa.
Iya, aku takut untuk membesar.
Membesar bererti kita akan menjadi semakin realistik, dan realistik bermaksud kita akan melihat dunia sekeliling sebagai sesuatu yang kompleks, rumit, absurd, dan sukar difahami. Seperti kata Andrea Hirata, menjadi realistik itu adalah sangat linear dengan menjadi pessimis. Secara tidak langsung, kita akan melihat suatu kerumitan ini sebagai sesuatu yang menimbulkan kegelisahan, bahawa realiti hidup kian menghenyak cita-cita kita dan pada waktu inilah kita dicabar oleh dunia yang kasar, dan seperti kata-kata Darwin didalam Survival of The Fittest, "Only the strongest shall live."
Aku mula ragui dengan apa yang bakal ada esok, aku mula runsing dan bimbang kalau-kalau yang menantiku hari-hari seterusnya adalah satu malam yang panjang tanpa subuh. Entahlah, pemikiran seperti ini aku perlu halusi dan buangkan jauh-jauh kerana menjadi pessimistik dan hilang cita-cita itu ibarat seorang wanita yang mati sebelum waktunya.
Aku menyumpah diri aku kerana terlalu mahu menjadi matang semasa aku kecil dulu, aku menyumpah diri aku yang terlalu mahu melihat dunia daripada seperti satu puzzle yang tidak pernah siap, dan tidak akan, dan aku menyumpah pada setiap syaitan-syaitan ini yang tidak pernah berputus asa membisikkan was-was pada nurani manusia yang sedang cuba mencari dirinya.
Aku sedang sesat didalam labirin kehidupan, tanpa kompas tanpa jalan untuk pulang.
Banyak pula aku merepek. Oh, satu lagi, ini memang tiada kaitan langsung tentang tajuk Sedetik Aku diatas. Maafkan aku, orang gila memang begini tutur katanya, ada sahaja karut marut yang mahu dimuntahkan.
Ini jiwa aku. Jiwa manusia. Selalu memberontak untuk mengexpresi kan segala rasa. Kadang-kadang rasa yg tidak mampu umum terima. Kadang-kadang rasa yg membuat fikirkan rasa aku ini.
Sofia...

Comments
Post a Comment