S E S A L
10.00 AM
8 NOVEMBER 2014
SATURDAY.
Baru-baru ni, aku jumpa kenangan aku di Kuantan dahulu. Faizol. Bermula dengan pertemuan untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Tuhan temukan kami lagi di Stadium Bukit Jalil untuk memberi tiket perlawanan kpd ku.
Tetapi, kali ini lain. Situasi kami lain. Untuk pertemuan kali ini, kami telah saling kenal. Kami telah saling keluar bersama di Kuantan dahulu. Dia pun kelihatan lain. Aku pun kelihatan lain sebab terasa malu2 bila telah lama tidak berjumpa. Agak kelakar.
Bau wangian dari dia sangat menusuk ke hidung aku. Sama juga. Masih sama. Dia gemar menggunakan wangian yg wangi seperti itu. Sama. Bau dia yg dulu pernah menyenangkan. Sehingga kawan2 ku menegur kewangian dia. Sengaja aku lebihkan duit tiket sebagai tanda penghargaan. Tapi aku pula yg terperanjat apabila aku pula yg dikejar oleh dia untuk dikembalikan duit tu.
Dalam hati, teringin mahu duduk di sit yang sama. Tapi malu. Segan. Jika dia tahu macam mana aksi aku ketika menonton perlawanan nanti. Lalu aku pun mengatur langkah sepantas yang mungkin. Tapi kelakar, kami masih tetap juga duduk dikawasan yang sama.
Ketika pulang, lelaki yg aku langgar ketika mahu terjatuh itu rupa-rupanya adalah dia. Agak sedih kerana pertemuan terlalu singkat.
YANG TIDAK SAMA ADALAH.
Dia kini suami kepada seorang wanita.
Ya, dulu kami menyimpan perasaan yg sama.
Rasa yg sama.
Tetapi aku. Masih lagi menolak. Kerana luka lalu.
Dan kini.....
Semoga dia bahagia.
Comments
Post a Comment