LETTER FOR MY FUTURE HUSBAND........
Assalammualaikum...
B.. Hubby.. Abang.. Papa..Kekanda.. You
Tak kisahlah apa yang saya akan panggil awak nanti, yang menjadi kewajipan saya adalah mentaati awak bila kita sudah berkahwin nanti. Saya mengimpikan kehidupan yang bahagia. Walaupun saya tahu dan sedia maklum,kehidupan bukan seindah yang disangkakan tapi, adalah menjadi kebahagiaan saya apabila hari-hari saya diredhai dengan keredhaan awak sebagai suami.
B..
Honey akan menjadi jam pada pagi-pagi B,untuk B pergi bekerja untuk mencari rezeki untuk kehidupan kita yang akan datang. InsyaALLAH jika kita saling menyayangi kita akan berjemaah bersama-sama pada subuh hari. Dan honey juga akan sediakan breakfirst yang sesuai untuk B. B,walaupun nanti kita masing-masing bekerja, B jangan risau bucuk akan sedia kan keperluan B sebelum Honey menyiapkan kerja-kerja Honey.
Abang..
Ayang akan jadi chef yang akan menyediakan makanan abang hari-hari. abang janganlah risau ye n abang jangan risau masakan itu sedap atau tidak,ayang dah pastikan sebab untuk menjadi isteri abang ayang kenalah pandai masak kan. Walaupun time kita couple dulu, abang selalu cakap abang tak kisah yang ayang ni pandai masak atau tidak, tapi ayang bukan nyer bodoh bang,cuma kadang-kadang ayang suka buat-buat bodoh. Adam mencari Hawa kan kerana untuk menemani dirinya dan menjaga keperluannya. Pasal kemas-kemas rumah abang janganlah risau ye, mama ayang didik ayang supaya belajar mengemas rumah dari ayang kecik tau. Dan ayang pun tak suka rumah bersepah-sepah.
Papa..
Mama akan setia kepada papa, sesetia Khadijah. Macam mana mama setia time kita couple dulu sampailah kita kahwin. Mama masih mama papa yang dulu. Mama setia bersama papa tidak kira senang atau susah. Mama akan sabar seperti Fatimah. Sabar macam time papa mula-mula habis belajar dulu papa tercari-cari kerja yang sesuai. Mama sentiasa bersabar berdoa untuk papa. Mama akan tetap bersabar seperti mana mama bersabar bila kita bercinta dikejauhan.Papa,bila kita dah kahwin nanti, mama rasa mama akan lebih berani untuk menjalani kehidupan seharian seperti Shafiah,kerana ada papa sebagai pelindung mama. InsyaALLAH mama akan tabah seperti Aisyah untuk membantu papa megemudi bahtera perkahwinan kita.
Kekanda..
Pasal mak ayah dan adik beradik kekanda,kekanda jangan lahh risau ye. Adinda akan menganggap mereka seperti keluarga adinda sendiri bila kita telah berkahwin nanti,kerana adinda sedia maklum restu kekanda itu terletaknya pada restu mak dan ayah kekanda. InsyaALLAH adinda akan melayan mereka sebaik yang mungkin. Tapi kekanda kenalah bagitahu mak kekanda awal-awal bahawa adinda kekanda ini kuat gelak dan terlalu banyak bercakap dan juga aktif orangnya. Pasal ipar-ipar adinda nanti kekanda jangan risau, adinda akan kaw team dengan mereka. Mungkin kita akan mengadakan picnic atau bercuti sebulan sekali. Tapi kenalah gilir-gilir yer dengan family adinda juga. Sebab kekanda kena tahu, keluarga dan adik beradik adinda adalah yang utama.
You..
Bila kita dah kahwin nanti, i akan bertudung untuk menutupi aurat ini. Sekarang pun i sudah berjinak-jinak dengan tudung. Walaupun time kita couple u asyik cakap tak kisah je, i ni bukan bodoh,cuma kadang-kadang i suka buat-buat bodoh. Lelaki suka melihat wanita bertudung. Sebab bila i pakai tudung,lagi ramai lelaki yang nk berkenalan dari i tak pakai tudung. U jangan risau ye. I akan menutupi aurat ini tanpa disuruh sebab i tahu kewajipan i sebagai seorang wanita dan juga seorang isteri. You, kita banyak buat dosa time kita bercinta. i harap nanti bila kita berkahwin,kita akan menjadi yang lebih baik. InsyaALLAH hingga ke Jannah.
HIDAYAH SOFIA BAHARUDDIN
Comments
Post a Comment