Wake up Call
Assalammualaikum readers.
08:50am
Sunday morning
Hari cuti dari bekerja.
Awal aku terbangun, setelah lewat malam aku tertidur. Terasa matahari masih belum lagi muncul seprti mengerti yg waktu tidur aku itu tidak mencukupi untuk bekalan tenaga didalam jasad ku ini. Sedang aku terdengar riuh rendah di dapur rumah kecil ku ini, hari ini adalah hari bapa. Alhamdulillah aku mempunyai keluarga yg cukup bahagia didalam kehidupan yg sederhana, keluarga yg sering menjadi tulang belakang ku. Keluarga yg menjadi teman rapat ku dri aku kecil sehingga berumur 23 thun. Terdetik hati aku untuk menekan butang di papan kekunci com peribadi ku.
Dimana dan disini aku bercerita, bahawa hati aku terlalu keliru. Perginya dia dari hidup aku membawa 1000 senyuman aku pergi,yg aku belum pasti senyuman itu akan terbang melayang kembali kpd aku seperti 'boomerang' ataupun tidak,tpi yang aku tahu,senyuman itu mampu diukir dan jika ia lahir dri hati yg ikhlas,ia akan menjadi satu senyuman yg cukup indah. Dan aku akan mengukir senyuman itu semula. Lalu aku biarkan sahaja ia berlalu. Aku keliru,cukup keliru. Dengan kehadiran orang2 yg aku langsung tidak pernah sedar kehadiran mereka yg selama ini sentiasa berdiri didepan aku. Aku tidak mahu dikatakan selama ini aku buta kerana sentiasa memandang orang yg berpaling dri aku,kerana aku hanya wanita yg mengikut apa rasa hati aku,apa yg hati aku katakan,apa yg hati aku mahu. Aku tidak mahu hati aku ditentukan oleh orang lain. Dan kini,jika hati aku silap,ia telah menjadi PENGAJARAN kpd diri aku sendiri. LIHAT,aku tidak menyalahkan orang lain bukan? sebab ia PILIHAN HATI aku sendiri.
Kembali pd dasar KELIRU itu, aku tidak mampu memilih sesiapa diantara mereka. Dimana kemahuan mereka itu terlalu besar untuk aku turuti. Aku masih belum pasti. YA aku masih lagi keliru. Aku bukan keliru untuk memilih,cuma aku keliru dengan DIRI aku sendiri. Ketika aku indah diayun oleh buaian cinta aku bersama dia, masih lagi mereka menunggu. WALAU telah cukup terang aku ceritakan status aku ketika itu,mereka terus berdiri menanti aku. KINI ketika aku hampir mati didalam RASA aku sendiri, mereka masih lagi menanti aku. Masih lagi menerima wanita yg mengecewakan mereka dengan 1 pesanan "LUPAKAN AKU. HATI AKU TELAH DIMILIKI".YA,sebenarnya hanya dengan pesanan ringkas mampu memecahkan rasa seseorang itu kedalam 1000 rasa. Tetapi,masih ada penerimaan didalam hati lelaki mereka. Masih lagi ada ruang untuk aku didalam hati mereka RUPA RUPANYA
ISTIKHARAH. Ya, dahulu aku pernah ISTIKHARAH untuk terus MENANTI atau tidak. itu cerita dahulu, 2tahun yang lepas. Dimana aku mengenali seorang lelaki yg cukup menyenangkan hati aku suatu ketika dahulu. itu ISTIKHARAH pertama aku yg membawa satu penantian yg cukup KUAT aku rasa. tanpa kenal apa itu putus asa. Itu ISTIKHARAH yg mmbuatkan aku rasa akulah wanita paling gagah yg tidak pernah kenal rasa PENAT ketika itu untuk meraih cinta seorang LELAKI.itu DAHULU. Cerita DAHULU dengan sekarang,dasarnya itu telah lain. RASA dia pun telah turut lain.
Sekarang, aku kembali kepada titik hidupnya seorang hati wanita dahulu. ISTIKHARAH. Biar TUAN BESAR yg menentukan hati aku. Kerana di alam nyata nya HATI aku ini,BUKAN aku yg pegang. TUAN BESAR itu yg pegang. Biarkan. Untuk menanti yg lama itu,mana mungkin. Kerana aku tidak pernah membuang. Aku yg dibuang. Yang PASTI,yg aku TAHU,aku bukan lagi dihatinya. JIKA masih lagi dihati,masakan mungkin SEKARANG ini aku sedang merangkak mengutip serpihan2 hati aku yg BARAI ini bersendirian.? KISAH ini telah berlalu,biarkanlah. KERANA ia telah juga aku serahkan kepda TUAN BESAR itu untuk menentukan. Dia kembali/tidak,aku sentiasa menerima segalanya. KERANA skrg,aku buka kan pintu hati ini kpd sesiapa yg mahu mengetuknya. dengan jalan yg berlandaskan TUAN BESAR itu,dengan hati yg jujur ikhlas. InsyaALLAH.
09:38am
Sunday
Shinbei
Comments
Post a Comment