ISTERI
Semalam
Sebak hati aku mendengar khabar berita bahawa lecturer yang terlalu rapat b ersama dengan ku, yang ku anggap kawan telah kehilangan suami tercinta.
Air mata ini mengalir
Kerja aku jadi tidak menentu.
Aku seperti hilang punya.
Abby,
Kalau aku berada disisi kau, aku ingin memeluk kau.
Aku ingin mendakap kau.
Aku ingin memberi bahu aku ini kepada kau supaya kau boleh bersandar dan hilangkan sedikit kecelaruan kau memikirkan langkah kau seterusnya untuk hidup.
Abby,
Jika diberi pilihan sama ada aku mahu mengambil tempat kau untuk mengantikan kau mengharungi rasa itu,
Aku tahu, tiada orang yang mampu untuk melalui itu semua.
Tiada orang yg mahu rasa kehilangan.
Tiada orang yang sanggup mengambil tempat kau.
Abby,
Mereka semua boleh melihat kelebihan kau,
Kau kuat, kerana berdiri teguhnya seorang lelaki yg kini telah tiada
Hubungan yg dibentuk dari cinta sejati.
Ya, situ kuatnya hati seorang isteri kau.
Cahaya mata yg terlalu kecil untuk rasa kehilangan.
Bagaimana, sedangkan yg tua pun tidak mampu untuk merasa kehilangan itu.
Abby,
kau yg mengajar aku untuk menghayati kata-kata positive yg mana dulu aku hanya membaca, tetapi kini aku telah lebih memahaminya.
Abby,
Kau yg mengajar aku supaya kuat.
Tetapi kini kau yg kehilangan Abby,
Bagaimana aku mahu membantu kau sedangkan aku dlu pun merangkak mohon dibantu.
Bagaimana aku mahu,berkongsi rasa bersama kau,sedangkan aku kini pun sedang kehilangan rasa.
Abby,
Kuatlah demi anak2 Abby,
Kau masih lagi mempunyai memory yg akan sentiasa mengingatkan kau kepada dia.
Bertahanlah Abby.
Aku tau kau mampu.
Aku tahu kau boleh harungi semua ini.
Bersabar Abby....
Comments
Post a Comment