KETIKA AKU BERJALAN



Salam dan selamat sejahtera.
Entry hari ini mungin agak memakan jiwa aku dan pembaca.Tetapi secara jujur aku, tidak terlintas untuk mengusik atau menguris hati sesiapa.

Aku pelik, dan aku bimbang.
Adakah zaman ini, hubungan persahabatan akan diukur dengan seberapa kerap kita berhubung dan aktif didalam group 'Whatsapp'. Adakah perkara2 itu menjadi kayu ukur sesebuah hubungan kawan itu.

Ya, aku bimbang. Sungguh aku bimbang.
Dengan kekerapan aku 'left group'
Dengan keselaluan aku menjadi 'silent reader'
Dengan kesifatan aku menjadi 'out spoken'

Benar Sahabat, Aku sungguh bimbang. Aku sungguh kuatir akan melukakan jiwa para sahabat. Tetapi, aku harus menegakkan apa yang aku rasa supaya ia tidak melibtakan orang lain dalam rasa aku yang seperti laut. Berombak pasang dan surut. Dan kadang2 ia juga mampu menjadi laut mati.

Aku lebih rela jika aku dianggap sebagai lupa kawan daripada aku selalu membincangkan perkara2 yang diluar batasan aku. Perkara2 yang menjadi buah mulut orang. Perkara yang kadang2nya aku lansung tidak setuju. Bebaskah diri jika kita tidak mampu menyatakan apa yang kita suka dan dengar, jika kita tidak mampu untuk menyatakan tidak pada setiap cadangan. Fahamilah, hidup manusia itu berlainan. Rasa dan cita ia juga berlainan.

Benar, ada pepatah mengatakan
'The bestfriend is when your all conversations is in CAPS LOCK'
Benar pada yang hanya tahu memaksa. Yang hanya mahu melakukan kebaikkan dan berniat untuk mendapat perkara yang sama. Yang hanya menghulur dengan rasa mahu sentiasa dituruti. Jujur aku bosan dengan semua ini!

Cukuplah jika aku tidak berada dikalangan kumpulan itu, tetapi aku ada.
Aku rasakan aku ada. Aku masih ada jika diperlukan.
Cuma aku cuma mahu katakan, aku tidak suka untuk berada didalam keadaan yang memaksa aku untuk sentiasa bersetuju. Sentiasa perlu menjaga hati. Sentiasa harus tunduk kepada orang yg menghulur.

Maaf.

Kerana telah ada 15 group yang aku telah left. Dan aku terlalu bosan untuk meminta maaf.

Comments

Popular posts from this blog

Sudah takdirnya begitu

Mengizinkan

HAPPY BORNDAY ZURINA HISHAM!!!!