Biar saja..............




Assalammualaikum,
Hye uols, terlalu lama aku tak update. ya, busy dengan kehidupan  seharian, aktiviti dll.

Okay', hari tu aku ada citer pasal kawna aku si Hakram. U know what, finally dia jumpa juga orang betul2 menerima dia. Memang aku dah rasa, die telah mempunyai someone yg special dlm hidup die, bagaimana?

Dulu, dia tak pernah miss untuk contact aku. Apa jua keadaan dia. Ajak keluar. Ajak makan. Ajak pegi bercuti dan macam-macam. Sepenuh hati dia. Dan dia seorang yang jujur. Terlalu jujur bagi aku. Ikhlas, Kelakar. Keanak-anakan. Sampai 1 hari dlu, aku pernah suruh dia berubah jadi lelaki yang matang. Tanpa aku sedari,sebenarnya die cuma menjadi diri dia yang sebenar sahaja. Tidak lebih dari itu. Berbeza denggan aku, yang menginginkan lelaki yang matang, sebab bagi aku, lelaki yang bermulut banyak, terbanyak ketawa, terlalu banyak bergayut diphone itu adalah kurang matang. Ternyata aku silapp Srpti yg aku katakan tadi, dia cuma menjadi dirinya yang sebenar. Tanpa aku sedari juga, dia hanya mencintai aku dengan segala yang ada didalam diri dia,...

Sebenarnya, lelaki yang mahu menjadi apa yang aku inginkan itu adalah palsu, tidak menjadi dirnya yang sebenar. Lalu aku terleka dengan menanti sesuatu yang tak pasti dengan berlandaskan alasan bahawa diri aku ini masih lum bersedia. Padahal aku melukakan hati aku dengan sejuta penantian. Ya, dari 2010 detik perkenalan aku bersama Haqram, dia tidak pernah sekali berhenti menyintai aku. Sehingga satu hari aku terlepas memarahinya akibat terlalu rimas dgn dirinya.

Sedikit demi sedikit, aku dapat merasakan perubahan yang ketara pd diri haqram. Dia tidak lagi menghubungi aku. Meninggal kan komen di fb atau meninggalkan pesan watsapp. Dan sedikit demi sedikit jugalah hati aku merasakan dia semakin jauh. sedikit demi sedikit Haqram berubah, sedikit demi sedikit aku menginginkan dia menghubungi aku seperti selalu, sedikit demi sedikit, cinta Haqram masuk kedalam hati aku....... sedikit demi sedikti rasa rindu menerpa...

Keadaan sudah terbalik, aku kini mengejar Haqram. Aku dapat rasakn cintanya berubah. Sehingga kini, sehingga ke hari ini. Aku terlalu menyesal. Sehingga aku menangis. Sehingga aku terlalu menginkan dia kembali. 

1 hari aku terduduk di tikar sejadah. Menangisi penyesalan ............................... 

Comments

Popular posts from this blog

Sudah takdirnya begitu

Mengizinkan

HAPPY BORNDAY ZURINA HISHAM!!!!