JANTUNG KU TERHENTI DI PERHENTIAN ISLAND!!! PART 1
Assalammualaikum
Hye uols.
Jumpa lagi kita.
Entry Kali ni aku nak awak awak awak awak dan awak tu pegi Perhentian Island, Terengganu!!!
Dengar aku jerit pun dah terasa bestkan. Lagilah kalau uols pergi tau.
Ok. Kat sini aku akan share sikit pengalaman aku ke Pulau Perhentian tu.
Kalau uols ingat tahun lepas aku ada share entry pasal planning nak ke Perhentian nikan?
Tapi tahun ni yang baru jadinyer. Lamakan kami plan?
Bukan apa. Masing2 dah bekerja. Jadinyer, masa untuk berpoya2 dah bertukar
Untuk penyertaan kali ni, kami bertiga (aku,kak dayah & ina) dah buat kelainan sikit. iaitu, kami invite kawan2 yg lain untuk join kami.Selalunya kami lagi selesa ber3kan. Tapi kali ni lain sikit.
So yg join Perhentian kali ini Acai (#gengmulutberdarah di twitter) Bee (kawan kak dayah) Batrisyia (adik aku) Along (kakak aku) Kak Zura (kawan kpd kakak aku). Nampak tak penyertaannyer.
Sepatutnya untuk trip ni, member baik aku si Dila pun nak join, tpi tiba-tiba keadaan die kurang sihat. Demam last minute. Tapi OK jugak la sebab semua kawan aku, so aku akan jadi tengah2 la.
Percutian kami 3h2m di Perhentian Kecil (jumaat,sabtu,ahad)
Seperti biasa kami pilih untuk menaikki bus. Sebab bus lagi jimat.Jimat tenaga, jimat kos, jimat masa dan jimat segala-galanya. Pendapat orang ada juga mengatakan naik bus tak selamat. Tapi bagi aku, malang tu tak berbau,dekat mana2 pun dia akan jadilau Tuhan dah tulis(aku je yg berbau..hiiii) Dekat sini, aku kakak and ina selalu mengamalkan konsep TAWAKAL. Tak kira kemana sahaja destinasi yg kami akan pergi. Ina & Acai dari JB-stesenbus tasik selatan.isyia, Along & Zura dihantar oleh ayah ke Stesen Bus Tasik Selatan.20minute dah sampai.
Kami bergerak dari stesen bus Tasik Selatan 10.20
Kami difahamkan perjalanan akan mengambil masa selama 8jam. And untuk pengetahuan uols, bus SANI EXPRESS yg kami naikki malam tu konvoi sebanyak 6 bus untuk ke Perhentian! Memang lah,sebab bulan5 kan time cuti semester budak2 IPT. So bus kami agak meriah sebab kebanyakkannya golongan belia. Tapi klo dlm kol3 4 pgi masih meriah jugak.. ko rasa? Mesti rasa nak tampo orang kan that time? Berangan punya berangan, aku tak sedar pkul berape aku tido bangun tido bangun tido bangun. Yang pasti, aku hanya bangun di R&R Gua Musang. Kat situ, kami minum2 sikit and buang and cuci apa yg patut. Takkan uols nak tahu jugak apa yg dicuci tu. Haih.
Than kami sambung perjalan untuk menuju ke Kuala Besut.
Sebelum tido, aku berangan lagi.
Yang pasti, aku pergi ke Perhentian Island dengan membawa hati yang lara.
Time ni aku memang dah tahu si H ni ade awek dah.
Aku tersedar, bus berhenti betul-betul depan surau Kuala Besut. Kol6.15am. Aku tengok depan sikit, ada sign board JETTY KUALA BESUT.
Maksudnya dah sampai!!!
OK, aku sambung next entry ok.
Dah kol3 lebih ni, dan aku masih di office.
Next entry nnti lagi banyak aku nak share, d'antaranya.. pasal boleh menangis kt pulau tu. Kenapa? kenapa? kenapa? haaaaaaa. Terus baca JANTUNG KU BERHENTI DI PERHENTIAN ISLAND PART 2 OK!
NAH. MAKCIK VELANJE PIC BILA MAKCIK DAH JEJAK KAKI KT PULAU TU.
BIAR UOLS TERUJA CIKIT NAK BACA NEXT ENTRY
Comments
Post a Comment