JANTUNG KU TERHENTI DI PERHENTIAN ISLAND!!! PART 2
Assalammualaikum
Hye reader !
Seperti yang dijanjikan di previous entry, aku akan sambung pengalaman aku di perhentian island part 2 ni.
Before tu aku nak tanya uols semua, dah beli baju raya ke belum?? hiiiii. Esok nak raya dah kan. Tapi aku masih dioffice la sattlekan kerja than baru aku terus gerak balik negeri sembilan.
Ok2 dah. :p. Sambung aku dah sampai jetty.
Kami sempat sarapan pagi kat tepi2 jetty tu. Memandangkan keadaan masih pagi, so aku ingat hanya menu2 sarapan pagi jelhkan, tapi.. bila kami masuk je dalam kedai tu, menu macam2. Ada nasi dagang, nasi putih lauk daging kunyit,lauk ayam masak merah,ikan goreng,daging kicap! Mostly makanan berat yg dorg jual.Aku lupa pulak nak bagitahu,buat pengetahuan korg kan, orang pantai timur memang lebih gemar sarapan dengan makanan yang berat-berat macam ni. Sebab dulu kalau nk d'ikutkan kegiatan ekonomi utama dorg adelah nelayan. So myb nelayan perlukan tenaga yg banyak kan. (ok,ini cume pendapat dan pengalaman aku). Kami pun menikmati hidangan dengan penuh rasa teruja sebab sambil makan sambil kena angin lautkan.
Lepas makan kami terus ke tempat ajen yang kami beli package die. Dekat situ kami kena register untuk ambik tiket ferry dan hotel yang kami akan pergi. Package yang kami ambik dekat sini, 3h2m + lunch + dinner + snorkeling trip. Total package yang kami ambik adelah dalam 360/person. Bagi aku dengan kawan2 lain yg memang suka island travel,harga tu is quit OKAY. Berbanding dengan package Redang. TETAPI,Redang tu mahal,TETAPI SANGAT BERBALOI!! jom pegi redang! (4time promoter :p). Sebelum naik ferry, kami semua kena bayar untuk Island Fee. Rm5.00/person.
Ok,aku mula-mula rasa akan naik ferry macam dekat Redang tu, yg aku rasa nak muntah sebab duduk bawah. But this time,kami tak naik ferry,kami naik speed boat! yuhuuuu!
Jimat masa and fresh air! Tapi... sakit montot wow.Bila bot tu menghempas ombak.Rasa macam boleh jatuh peranakan bila dia hentak.Bahahahahah! InsyaAllah takde apa.
Time ni, aku rasa damai sangat even sakit montot. Besar dan indah ciptaan Tuhan. Cukup indah.
Perjalanan dalam 20minutt dah cukup kebaskan montot2 kami yang terhentak2 ni. Aku suruh kak long aku duduk dekat belakang sebab dia kan baru kawin. Takut peranakan die effect.So aku hantar die duduk dekat belakang sikit yang dekat dengan kipas boat tu,sebab dekat situ kurang sikit hentakannya.Mase terhentak2 tu aku tengok mukua dia ok je,means die tak la sakit sangat kan. Aku pun lega. Dengan tengok adik aku Batrisyia kedudukan dia ok dan selamat, aku dah rasa OK.Baru aku duduk depan.Sape duduk depan azab sikitkan kena lambung. PERRGHHHHH!
Ini pic sebelum kami naik speed boat. Tudung biru tu kak long aku & yg tengah tu kak zura.
Aku melayang dengan menikmati angin dan air yang memercik2 dekat muka. Best. Pengalam yang mencabar. Rasa macam tak sabar nak terjun laut ni!
Dalam 20minute, kami dah nampak resort-resort yang kami selalu google sebelum datang sini. bayangkan.kalau dalam gambar dah cantik bila depan mata lagilah cantik! Terasa macam aku masuk dalam frame gambar yang aku tengok dalam google tu. Subhanallah. Cantik.
Akhirnya kami dah sampai!
Nah, aku belanja 1 gambar bila kami semua jejak kaki kat PERHENTIAN ISLAND KECIL LONG BEACH!!
to be contineu!
Comments
Post a Comment