#CUKUP



CUKUP.
Dalam hidup ni kadang-kadang rasa CUKUP itu perlu ada dan perlu dipaksa untuk ada.
Tidak kisah dalam apa jua hubungan.
Disebabkan rasa CUKUP ini lah ada manusia yang tiba2 rasa bersemangat dan tiba2 rasa berani dan datangnya rasa keras. Dan kadang2 rasa CUKUP ini juga mampu mendatangkan rasa benci. Pada keadaan. Pada waktu. Dan pada seseorang.

CUKUP.
Setiap manusia dan setiap hati perlu merasa CUKUP dengan apa yg dia miliki. Hadapi. Dan yg dilakukan. Kadang2 dengan setiap hari2 yg berlalu hati manusia tidak pernah utk berasa CUKUP. Hinggakan manusia sanggup menyakiti hati sendiri kerana berasa tidak CUKUP. Sedarlah.. kadang2 kita cuma perlu berasa CUKUP hanya utk mbuatkan kita berhenti menyakiti diri dan hati sendiri.

CUKUP. 
Dan itu yg aku rasakan. Untuk kali terakhirnya, aku cuba mendidik diri untuk berasa CUKUP. dan kerana CUKUP ini jugalah aku belajar untuk tidak perlu untuk terlalu menjaga hati orang lain untuk apa jua keadaan. Kerana belum tentu ada orang2 itu untuk menjaga hati aku. Dan kerana CUKUP ini jugalah aku belajar mengenal diri. Sekarang. 

Comments

Popular posts from this blog

Sudah takdirnya begitu

Mengizinkan

HAPPY BORNDAY ZURINA HISHAM!!!!